Panduan Cara-Cara Untuk Membuat Tempahan di onlineprint2u.com
1. Untuk tempahan kita perlu memilih terlebih dahulu kategori
produk yang ingin ditempah seperti contoh di bawah ini.
Disini anda boleh membuat tempahan dengan memilih
mana - mana bahagian produk. Kesemuanya adalah
mempunyai link yang sama.
2. Seterusnya, kita perlu memilih subkategori yang diberikan
pilihan bagi meneruskan proses pesanan produk pilihan
anda. Anda juga boleh meneruskannya proses tempahan
dengan membuat pilihan di bahagian bawah seperti yang
ditunjukkan pada gambar dibawah ini.
3. Setelah anda membuat pilihan subkategori produk,
anda harus meneruskannya untuk proses tempahan.
Seperti contoh di bawah paparan menunjukkan
produk yang telah dipilih dan ingin membuat pilihan
saiz cetakan. Klik saiz pilihan anda.
4. Paparan seperti di bawah akan muncul. Pada bahagian
ini, anda mesti membaca maklumat yang diperlukan
sebelum anda klik pada butang 'Add This To Cart'
seperti gambar di bawah.
5. Selepas anda klik pada butang 'Add This To Cart',
bahagian seperti di bawah akan muncul. Pada
bahagian ini anda mesti klik pada butang 'Teruskan
Pesanan' untuk meneruskan proses pesanan anda.
6. Bahagian ini adalah bahagian yang perlu diisi oleh anda
untuk memberitahu maklumat tentang diri anda bagi
proses pesanan ini berjalan dengan lancar. Setelah
sudah mengisi maklmat peribadi anda, klik pada butang
'Hantar' seperti gambar di bawah.
7. Selepas anda klik pada butang 'Hantar', paparan
seperti di bawah akan muncul. Untuk meneruskan
pesanan anda, sila tekan pada butang 'Teruskan
Pesanan' atau anda ingin menukar alamat, tekan
pada butang 'Tukar Alamat Anda'.
8. Seterusnya, paparan seperti di bawah akan muncul,
selepas anda menekan butang 'Teruskan Pesanan'.
Di bahagian ini, anda haruslah memilih kaedah
pembayaran yang menjadi pilihan anda dan terus
menekan butang 'Teruskan Pesanan' untuk
meneruskan pesanan anda.
9. Di bahagian ini, anda harus membaca maklumat serta
memilih akaun bank untuk membayar produk yang
ditempah oleh anda. Dan terus menekan pada butang
'Sahkan Pesanan Anda' seperti gambar di bawah.
10. Di bahagian ini, anda harus menyimpan NOMBOR
PESANAN untuk rujukan pada masa hadapan
yang terletak di atas laman ini yang mengandungi
teks seperti NOMBOR PESANAN ANDA ADALAH.
Selepas itu, anda mesti membaca maklumat yang
berkaitan dengan pembayaran dan terus menekan
pada butang 'Daftar Keluar' untuk keluar dari
sesi pesanan anda seperti yang ditunjukkan pada
gambar di bawah.
11. Seterusnya, klik pada link 'LOG MASUK' untuk
menyemak status pesanan anda. 
12. Setelah anda klik pada link 'Log Masuk', paparan
seperti di bawah akan muncul. Di bahagian ini,
anda perlu masukkan alamat email anda yang
telah anda mendaftar dan terus menekan pada
butang 'Daftar Masuk'.
13. Selepas anda menekan pada butang 'Daftar Masuk',
pastikan nama anda terpapar pada bahagian atas
seperti yang ditunjuk pada gambar di bawah.
Kemudian, anda mesti klik pada link 'AKAUN SAYA'
untuk melihat status pesanan anda. 
14. Paparan seperti di bawah akan muncul, kemudian
klik pada butang 'Lihat' untuk melihat produk
tempahan anda dan pastikan anda melihat pada
bahagian 'Status' bagi memastikan pesanan anda
telah diterima. Pada bahagian 'Status' ini
menunjukkan 3 jenis status seperti Pending,
Processing dan Delivered. Bagi status
Pending, ia bermaksud tempahan anda belum
diterima oleh kami, status Processing pula,
bermaksud tempahan anda sedang di proses oleh
kami dari segi bayaran, produk tempahan dan
status Delivered pula bermaksud tempahan
anda telah diterima oleh kami dengan maklumat
serta mengikut langkah-langkah yang telah anda
berikan kepada kami dengan betul.
15. Selepas melihat status pesanan anda, klik pada
link 'LOG KELUAR' untuk keluar daripada status
pesanan anda seperti yang ditunjukkan pada
gambar di bawah.
16. Akhir sekali, anda mesti membaca maklumat terlebih dahulu
sebelum anda meninggalkan laman web ini seperti yang
ditunjukkan pada gambar di bawah ini.
TERIMA KASIH KERANA ANDA MEMBUAT TEMPAHAN PRODUK
PERCETAKAN MELALUI LAMAN WEB Onlineprint2u.com



